Penyanyi popular Yuna kini stream di Twitch, kongsi rasa teruja

“Streaming memang seronok untuk berhubung dengan peminat pada waktu pandemik ini melanda. Artis memang terhad pilihan untuk buat persembahan kepada peminat,” itu kata-kata ringkas penyanyi popular tanah air, Yunalis Zarai atau Yuna atas keputusannya untuk memulakan penstriman langsung di platform Twitch.

Ujar penyanyi lagu Terukir Di Bintang ini, streaming memberinya banyak cara untuk berinteraksi dengan peminat yang sudah lama memberi sokongan kepadanya dalam bidang muzik.

“Saya boleh stream apa-apa saja, dari kandungan muzik hinggalah gaming dan mengubahsuai terrarium.

“Gaming terutamanya adalah aktiviti untuk saya rehatkan minda selepas kerja berjam-jam. Tapi saya memang terbuka untuk kandungan baru berkaitan gaming di saluran Twitch,” katanya yang teruja melihat banyak sokongan daripada peminat di Malaysia yang sebenarnya menyukai gaming.

Peralihan Yuna ke Twitch bukanlah ke arah gaming semata-mata. Buat peminat Yuna, anda pastinya teruja untuk menyaksikan pelbagai kandungan menarik beliau di platform itu nanti.

Menceritakan mengenai kandungan yang akan dicipta di Twitch, Yuna berminat untuk memperlihatkan persembahan akustik, tutorial, sesi ‘lepak’ bersama artis lain, mencuba permainan video baharu ataupun aktiviti santai seperti bercakap dengan peminat.

Yuna adalah artis Malaysia yang menempa nama di peringkat antarabangsa dengan pelancaran empat album iaitu Yuna, Nocturnal, Chapters dan Rouge. 

Pada 2017, beliau adalah penyanyi Malaysia pertama yang tercalon untuk BET Awards.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

TAGS

RELATED NEWS

+