Penyanyi rap Indonesia, Rich Brian lancar lagu Sydney untuk PMPL 2021

Penyanyi rap, produser, dan penulis lagu, Rich Brian akhirnya kembali dengan single pertama 2021 berjudul Sydney. 

Ia adalah lagu anthem ataupun lagu tema rasmi bagi Liga Profesional PUBGM (PMPL 2021). Liga PMPL MYSG musim ketiga akan bermula pada 24 Mac ini.

Sydney diinspirasikan oleh kumpulan Three 6 Mafia yang menggabungkan vokal Rich Brian dan instrumen Saxophone. “Saya menghasilkan Sydney selepas mendengar beberapa lagu Three 6 Mafia,” katanya.

Rich Brian yang tinggal di Jakarta adalah penyanyi pertama di Asia yang berjaya mencecah #1 di carta Hip Hop iTunes. 

Sementara itu, PMPL MYSG musim ketiga akan berlangsung dari 24 Mac hingga 18 April 2021 menggunakan format seakan PMGC iaitu pengenalan kepada Super Weekend.

20 pasukan dibahagikan kepada lima kumpulan dan mereka akan bertarung merebut hadiah wang terkumpul AS$150,000 (RM616,710).

RELATED NEWS

+