Penyegerakan bibir Cyberpunk 2077 untuk setiap bahasa dilakukan oleh AI

Cyberpunk 2077 boleh dikatakan sebagai permainan video yang paling dinanti-nantikan pada tahun ini dan ia juga mungkin permainan terbesar (dari segi skala) tahun ini. Antara ciri hebat permainan ini ialah lakonan suara untuk dialog akan dilakukan dalam banyak bahasa termasuk Bahasa Jerman, Bahasa Jepun, dan banyak lagi.

Perkara ini menjadi satu cabaran besar kerana Cyberpunk 2077 merupakan sebuah permainan role-playing game (RPG) dunia terbuka. Ia mempunyai skrip yang sangat panjang untuk pelbagai watak. Oleh itu, CD Projekt Red (CDPR) bekerjasama dengan Jali Research untuk memastikan penyegerakan bibir (lip-syncing) untuk setiap bahasa adalah tepat.

Dengan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), mereka menghasilkan satu program yang mampu mempelajari cara sebutan untuk setiap bunyi mengikut bahasa-bahasa berbeza dan menjadikannya animasi yang tepat dalam permainan video Cyberpunk 2077.

Ini merupakan satu teknologi yang sangat mengagumkan kerana ia juga mampu mengubah cara pergerakan kening dan emosi mengikut bahasa yang sedang digunakan.

Malangnya, Cyberpunk 2077 tidak menyokong Bahasa Melayu atau Bahasa Indonesia, sama ada dalam bentuk lakonan suara mahupun teks. Antara bahasa-bahasa yang disokong adalah Bahasa Korea, Bahasa Perancis, Bahasa Poland (negara asal CDPR), dan Bahasa Cina.

Cyberpunk 2077 akan dilancarkan pada 19 November tahun ini untuk PC, PlayStation 4 (PS4), PlayStation 5 (PS5), Xbox One, dan Xbox Series.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+