Counter Strike Global Offensive (CSGO) mempunyai prestasi yang baik apabila tiada eksploitasi besar atau pepijat yang muncul dalam beberapa bulan. Bagaimanapun, beberapa hari lalu, seorang pemain CSGO yang bernama Aquarius menemui sebuah pepijjat yang mampu merosakkan permainan dengan memberikan maklumat yang tidak adil kepada pemain yang menggunakannya.
Pepijat ini mendedahkan maklumat tentang pemain musuh berdekatan, ia agak mudah untuk dilaksanakan dan boleh digunakan beberapa kali dalam satu perlawanan oleh mana-mana pemain CSGO. Aquarius menerangkan dengan terperinci bagaimana eksploitasi ini berfungsi, yang sejak itu menjadi tular dalam komuniti apabila pemain dan pembangun kandungan sama-sama meminta Valve untuk membetulkan isu dengan segera.
New @CSGO bug that gives you unfair information.
Basically if you mute the enemy team and then start recording a demo, the mutes will be gone until you are close to the enemy.
So for example you can go to B Apps on Mirage and tell how many enemies are holding the bombsite. pic.twitter.com/bJIRkWs1UT
— Aquarius (@abitmoony) December 4, 2021
Jika anda lihat di video di kicauan di atas, pemain lawan, mula-mula disenyapkan atau ‘muted‘ apabila barisan arahan diisikan. Apabila barisan arahan untuk memulakan demo diisi, pemain lawan tidak lagi disenyapkan, dan apabila menghampiri pihak lawan, ia disenyapkan semula.
Walaupun pepijat ini sukar untuk diulang pada setiap pusingan, eksploitasi ini kritikal kerana ia memberikan banyak maklumat kepada pemain tentang pasukan musuh apabila dilaksanakan. Walaupun pemain solo dan pasukan kompetitif rendah mungkin tidak akan terkesan, pemain yang lebih berpengalaman dan pasukan yang diselaraskan dengan baik boleh mendapat manfaat daripada eksploitasi ini.
Mudah-mudahan, Valve akan membetulkan pepijat ini dengan pantas kerana sebilangan besar permainan kasual kini pasti akan diganggu dengan eksploitasi ini.