Perabot Ikea x ROG akan dilancarkan pada bulan November, ini perabot yang ditawarkan

Dengan kerjasama Republic of Gamers  yang dikenali bawah jenama ASUS sebagai ROG, IKEA Malaysia akan melancarkan rangkaian IKEA Gaming yang dinanti-nantikan pada 11 November.

Barisan produk IKEA Gaming menampilkan koleksi produk yang anggun, moden, berfungsi dan akan disediakan di semua kedai IKEA Malaysia.

Pelbagai perabot yang ditawarkan boleh dilihat dalam video di bawah ini:

Antara perabot yang dilihat dalam video ini adalah seperti berikut.

  1. Meja UPPSPEL
  2. Meja UTESPELARE
  3. Meja GRUPSEL
  4. Pad tetikus LANESPELARE
  5. Kerusi MATCHSPEL
  6. Kerusi HUVUDSPELARE

Buat masa ini, harga dalam Ringgit Malaysia belum diumumkan dan maklumat akan diberikan dengan lebih lanjut menghampiri ke tarikh pelancaran iaitu pada 11 November.

RELATED NEWS

+