Perbandingan Grafik Mortal Kombat 11 Menunjukkan Francais Ini Dah Jauh Berubah

Sempena pengumuman Mortal Kombat 11 baru-baru ini, nampaknya ada peminat kreatif yang cuba lakukan sesuatu yang baru.

Peminat-peminat dah pun mengikuti francais ini buat masa lebih kurang 22 tahun. Oleh itu, tak mustahil kalau ada yang buat perbandingan grafik kan?

Redditor Dookman membuat perbandingan watak Scorpion dalam Mortal Kombat 4 yang mula dikeluarkan pada 1997 dan dengan yang ditampilkan dalam Mortal Kombat 11. Banyak bezanya, menunjukkan macam mana siri pertarungan ini dah pun transformasi.

We’ve come a long way since the first 3D Mortal Kombat game from r/gaming

Bukan saja visual yang bertukar tapi juga kostum mereka. Tidak ada lagi pakaian hitam dan kuning yang simple tapi sekarang dilengkapi dengan pelbagai customization untuk pemain. 

Rata-ratanya memberi komen positif di ruangan komen mengatakan sudah jauh ‘perjalanan’ ditempuhi peminat yang bersama dengan francais ini sejak dulu.

Mortal Kombat 11 akan dilancarkan pada 23 April di Nintendo Switch, PC, PlayStation 4 dan Xbox One.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+