Percubaan alpha PUBG: New State akan dimulakan untuk Amerika Syarikat

PUBG Mobile (PUBGM) telah lama dimainkan oleh semua orang di pelusuk dunia dan telah dilancarkan pada tahun 2018.

Kini PUBG: New State, permainan baharu PUBG untuk pelantar telefon pintar di iOS dan Android akan tiba tahun ini.

PUBG: New State akan memasuki fasa alfa dengan peta eksklusif baharu, grafik lebih realistik, dan dioptimumkan dari awal pembikinan hanya untuk telefon pintar. Anda boleh melihat trailer baru untuk PUBG: New State di bawah.

Video di atas menunjukan acah pertama PUBG: New State degan grafik yang lebih menarik dan cantik dari PUBG Mobile yang lama.

“Dengan sokongan besar daripada semua peminat, dengan penuh rendah diri, memperkenalkan penerusan permainan video baru dalam francais ini yang telah membentuk corak ‘battle royale’ serata dunia.” kata MinKyu Park, Penerbit Eksekutif PUBG: New State.

https://www.androidpolice.com/wp-content/uploads/2021/02/24/PUBG-NEW-STATE-Screenshot-2.jpg

PUBG: New State akan menggunakan garis masa pada masa hadapan iaitu tahun 2051 sekaligus menyambung kepada penceritaan baharu dari PUBG yang lama. PUBG: New State dikatakan akan menggunakan sepenuhnya kuasa dan kebolehan telefon pintar untuk pembaharuan ini dengan teknologi baharu dipanggil Global Illumination. Pemain kini akan terbang ke tempat berlawan baru yang dipanggil TROI.

PUBG: New State akan memastikan keseluruhan pengalaman bermain ‘battle royale’ terus ke tangan pemain sendiri. Ia dibina khas dan dioptimumkan hanya untuk pelantar telefon pintar.

Sistem senjata baru juga akan diperkenalkan yang membolehkan pemain merubah senjata kepada senjata yang lain. Penggunaan drones dan juga penghadang futuristik baru, pelbagai senjata untuk pemain PUBG: New State.

https://www.androidpolice.com/wp-content/uploads/2021/02/24/PUBG-NEW-STATE-Screenshot-3.jpg

PUBG kini telah terjual dengan 70 juta unit, dan kini telah menjadi antara permainan video terbesar di dalam dunia. Pra-pendaftaran sesi alpha untuk Android dijalankan pada tahun ini tapi di Amerika Syarikat saja sekarang. Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari http://newstate.pubg.com.

Sumber rujukan: AndroidPolice

RELATED NEWS

+