pihak Activision melancarkan satu perisian khas demi menangani isu penipu di dalam permainan Call of Duty mereka, RICOCHET Anti-Cheat."> pihak Activision melancarkan satu perisian khas demi menangani isu penipu di dalam permainan Call of Duty mereka, RICOCHET Anti-Cheat." /> pihak Activision melancarkan satu perisian khas demi menangani isu penipu di dalam permainan Call of Duty mereka, RICOCHET Anti-Cheat." />

Perisian anti-cheat Call of Duty RICOCHET tertiris, kini digodam pula

Sebelum ini, pihak Activision melancarkan satu perisian khas demi menangani isu penipu di dalam permainan Call of Duty mereka, RICOCHET Anti-Cheat. 

Hari ini, seorang pengguna Twitter, Anti-Cheat Police Department berkongsi melalui ciapannya menyatakan kernel driver bagi perisian itu sudah tertiris. Bahkan, sudah ada pembangun P2C sudah membalikkannya.

RICOCHET sepatutnya dilancarkan bersama Warzone pada kemaskini Pasifik akan datang dan akan tiba di Vanguard semasa pelancarannya 5 November ini, sebagai satu langkah pihak Activision memberikan pengalaman permainan yang adil dan selamat buat pemain dan peminat francais Call of Duty. 

Namun dengan tertirisnya, mungkin usaha pihak Activision agak terbantut. Malah, penangan pembangun cheat di dalam Call of Duty cukup kuat kali ini. 

RELATED NEWS

+