Perisian ini memainkan permainan PlayStation 2 terus dari pelayar web anda

Zaman PlayStation 2 adalah salah satu zaman kegemilangan bagi industri permainan video. Malah, konsol PlayStation 2 juga adalah sebahagian dari childhood kebanyakan penggemar permainan video. Namun, kini amat sukar untuk mencari konsol PlayStation 2 yang masih berfungsi dengan elok.

Kini, anda boleh memainkan permainan PlayStation 2 dengan mudah.

Emulator Play!.js boleh dimainkan secara terus melalui pelayar web dan pengguna boleh menggunakan fail-dail ISO, CSO, CHD, ISZ, BIN atau ELF, yang perlu anda cari sendiri.

Perisian ini masih dalam peringkat awal dan beberapa ciri emulator standard tiada. Namun, ia masih mampu menjalankan permainan dengan lancar. Sekitar 400 permainan kini boleh dimainkan dalam emulator, dengan 1,200 yang lain dalam pelbagai peringkat keserasian.

Pembangun menekankan bahawa ini adalah percubaan semata-mata sekarang. Ini bukan matlamat utama projek Play! dan ia tidak bertujuan untuk menyokong setiap permainan PlayStation 2.

Sumber rujukan: Megavisions

RELATED NEWS

+