“Perjalanan kami sudah berakhir di MPL, tapi kami masih dahagakan gelaran juara,” – Amoux

Jurulatih pasukan Geek Fam MY, Ariff Iswandi atau Amoux tetap optimis walaupun terpaksa akur dengan kekalahan di MPL MY musim ketujuh kali ini.

Dalam satu hantaran di Instagram, Amoux berasa bangga dengan perjalanan pasukan sepanjang MPL.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Ariff Iswandi (@ariff_iswandi)

“Perjalanan kami  sudah berakhir, tapi kami  masih dahagakan gelaran juara. Kami memang menantikan yang seterusnya.

“Saya berbangga bukan dengan keputusan hari ini tapi macam mana pemain ini menjadi lebih baik. Cakap lah apa pun, saya tetap bangga,” tulisnya.

Amoux juga berkata, beliau merasai perit getir dan ini lah masanya untuk mendaki puncak.

“Saya cakap berulang kali kepada diri saya dan pasukan yang ia bukan mudah dan kemenangan adalah satu bonus.

“Kami kalah tapi bukan bermakna ia masa untuk menyerah. Terus bangkit!,” tulisnya lagi.

Sebagai satu pesanan, Amoux menulis “Kesilapan adalah guru terbaik untuk kita,” satu petikan daripada usahawan Amerika, Mohnish Pabrai.

Terdahulu, Geek Fam tewas di tangan Todak MLBB pada awal hari ini sekali gus tersingkir daripada MPL sebelum sempat ke lower bracket final.

Skuad ini beraksi dengan agak baik di musim liga, mendapat tempat keempat dalam peringkat kumpulan.

Mereka merekrut dua pemain Indonesia, Heyden dan Lilbee namun peminat tak sempat menyaksikan kedua-duanya beraksi di playoffs.

RELATED NEWS

+