Perkahwinan cinta online game – lain pula jadinya

Seorang gadis Pakistan bernama Iqra Jeewani jatuh cinta dengan seorang lelaki dari India bernama Mulayam Singh ketika bermain Ludo secara dalam talian.

Online gaming romance turns sour: Pakistani girl who married Indian boy repatriated to her country

Untuk pengetahuan semua, Ludo adalah permainan papan strategi dimana anda mempunyai token yang perlu berlumba untuk menghabiskan perlawanan dengan satu dadu.

Menurut TimesofIndia, Iqra jatuh cinta dengan Mulayam Singh yang berumur 26 tahun dan menetap di Bengaluru.

iqra 1

“Iqra mempunyai masalah untuk mendapatkan visa, jadi Mulayam menasihatinya untuk pergi ke Nepal dan masuk secara haram ke India melalui sempadan Sanoli,”

Pada 19 September lepas, Iqra tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan Kathmandu.

Mulayam dan Iqra kemudian berkahwin dan tinggal di Kathmandu selama seminggu sebelum memasuki India melalui sempadan Sanoli Indo-Nepal dan terus ke Bengaluru.

Iqra juga menukar namanya ke Rava seperti dalam agama Hindu.

Jiran-jiran Mulayam berasa was-was apabila mereka melihat gadis beragama Hindu bersembahyang seperti orang beragama Islam.

Laporan polis kemudiannya dibuat dan rumah Mulayam diserbu sekaligus menjumpai Iqra dengan pasport Pakistan.

Iqra kemudian ditangkap oleh polis Bengaluru dan untuk dihantar pulang ke Pakistan.

Rujukan: TimesOfIndia

RELATED NEWS

+