Perlawanan Pertunjukan Squad Up Athena bakal berlangsung 21 Disember ini di IGN SEA

Squad Up Athena bakal bermula dengan perlawanan pertunjukan daripada barisan-barisan pempengaruh terkenal di Asia Tenggara.

Acara ini dianjurkan oleh IGN SEA untuk memperkasakan wanita dalam e-sukan terutamanya di Asia Tenggara.

Perlawanan pertunjukan ini bakal mengetengahkan keseronokan dan hiburan tetapi yang paling penting perlawanan kompetitif diantara pempengaruh kegemaran anda serata Asia Tenggara.

Terdapat 24 pasukan bakal berentap untuk perlawanan antarabangsa dan 12 daripada 24 pasukan itu dijemput sendiri oleh para creators Facebook.

Tidak dilupakan juga jumlah wang hadiah terkumpul dari setiap region adalah RM20,000 dan lebih menakjubkan RM40,000 untuk finals antarabangsa.

Jom lihat kesemua barisan-barisan pempengaruh yang bakal berentap:

Pasukan Malaysia

1. On Air Pipols

2. KARRA

Pasukan Indonesia

1. VIA Team

2. YEAHQUEEN

Pasukan Filipina

1.I nvaders & Pretty Savage

2. Surewin

Perlawanan ini bakal berlangsung di laman Facebook IGN SEA pada 21 Disember ini pada jam 8 malam (GMT+8).

Jangan lupa untuk mengikuti laman rasmi IGN SEA di Facebook untuk mendapat maklumat lanjut dan melihat Squad Up Athena.

RELATED NEWS

+