Perlawanan Todak lawan Orange catat 125,599 tontonan serentak

Perlawanan Grand Final Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY musim kesembilan antara Todak dan Orange Esports mencatatkan sebanyak 125,599 tontonan serentak, mengikut laporan terbaru dari Esports Chart.

Dalam perlawanan itu, Todak berjaya menewaskan Orange Esports 4-1 sekali gus muncul juara liga itu selepas dua musim tidak memenanginya. Kedua-dua pasukan itu juga layak ke Piala Asia Tenggara (MSC) 2022 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia pada 11 Jun hingga 19 Jun ini.

Difahamkan, perlawanan HomeBois menentang MAB Esports juga mencatatkan tontonan agak tinggi dengan 85,076 tontonan dan perlawanan Geek Fam lawan Todak, sebanyak 79,942 tontonan.

Kedua-dua pasukan ini mempunyai fanbase yang cukup ramai dalam komuniti MLBB di Malaysia.

MPL MY berlangsung pada 21 April hingga 24 April lalu mengumpulkan lapan pasukan terbaik merebut slot ke MSC 2022.

Sumber: Esports Chart

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+