Permainan buatan Singapura, Cave Shooter mencecah pra-daftar lebih 1 juta

Cave Shooter permainan mudah alih idle daripada Singapura sudah menerima pra-daftar melebihi 1 juta menjelang tarikh pelancaran pada 31 Ogos.

Menerusi satu hantaran di Facebook, pemain yang pra-daftar permainan ini akan mendapat pelbagai ganjaran dalam permainan termasuk in-game currency, peti barangan dan barangan eksklusif yang lain.

Pembangun, Eyougame baru-baru ini mengumumkan beberapa pencapaian yang boleh dicapai berdasarkan jumlah pemain yang melakukan pra-daftar untuk permainan ini. Lebih banyak ganjaran yang dibuka dengan selesainya beberapa objektif.

Cave Shooter ialah sebuah permain mudah alih kasual yang menggabungkan mekanisme roguelike dengan corak permainan idle. Mempunyai latar tempat dan masa di dunia primitif, di mana pemain ditugaskan untuk melindungi suku kaumnya daripada diserang oleh suku kaum yang ganas dan tidak berperikemanusiaan iaitu Ucaka.

Menampilkan corak permainan yang pantas dan kawalan satu tangan, permainan ini membolehkan pemain untuk menyesuaikan tahap kesukaran, serta membuat kombinasi kemahiran dan senjata yang membantu mereka menewaskan musuh.

Sumber: Cave Shooter

Selain kepelbagaian senjata hebat dan peralatan yang boleh dibuka, pemain juga boleh kumpul skin unik dalam jumlah yang terhad untuk mendapatkan kemahiran eksklusif.

Permainan ini juga menampilkan pelbagai jenis bentuk muka bumi, termasuk hutan yang luas, gurun, tanah bersalji dan lombong gelap. Selain itu, terdapat jenis makhluk dan musuh yang berbeza mengikut kawasan muka bumi yang berbeza. 

Jika permainan ini menarik minat anda, pra-daftar Cave Shooter untuk Google Play Store atau Apple App Store boleh dilakukan di laman rasmi mereka di SINI.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI

RELATED NEWS

+