Permainan buatan Singapura, Chinatown Detective Agency antara yang dilancarkan di Xbox Games Pass

Xbox Stream yang ke udara yang adalah sebahagian daripada acara Gamescom 2021, memperlihatkan banyak permainan baru dan ciri-ciri baru yang dimasukkan ke dalam ekosistem Xbox.

Salah satu penambahan terbesar di dalam servis langganan Game Pass ialah permainan indie daripada Humble Games yang akan dilancarkan terus ke dalam servis itu iaitu permainan buatan Singapura, Chinatown Detective Agency.

Untuk pengetahuan anda, Chinatown Detective Agency ialah permainan pengembaraan tunjuk-dan-klik cybernoir yang berlatarkan Singapura pada masa akan datang. Pemain akan diberikan watak penyiasat persendirian Amira Darma, yang kes pertamanya yang membawa ke arah konspirasi yang lebih besar.

Permainan ini berjaya terhasil selepas melalui kempen Kickstater, dan bermula dari situ, terdapat permainan prolog percuma yang boleh dimuat turun di Steam.

Sementara tawaran daripada Humble Games ini tidaklah eksklusif buat Game Pass, di mana pelanggan boleh mencuba permainan baru ini di Xbox, PC atau peranti mudah alih selepas ia dilancarkan. 

Selain Chinatown Detective Agency, permainan lain yang ditampilkan ialah hibrid RPG-sukan  Dodgeball Academia, yang akan dilancarkan pada Steam, PlayStation 4, Nintendo Switch dan Game Pass pada awal bulan ini.

Selain itu, terdapat beberapa lagi permainan lain yang akan sertai ialah RPG Archvale, permainan aksi Bushiden, permainan piksel aksi Flynn: Son of Crimson, permainan brawler Midnight Fight Express dan aksi RPG Unsighted.

Mereka yang melanggan Game Pass juga boleh mencuba permainan seram Signalis, aktivis angkasa Next Space Rebel dan permainan puzzle Unpacking. 

Meskipun begitu, hanya pelanggan Xbox Game Pass Singapura sahaja yang dapat bermain permainan ini memandangkan servis langganan itu masih belum tersedia bagi pasaran Asia Tenggara secara keseluruhannya.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI

RELATED NEWS

+