Permainan Call of Duty seterusnya akan ditangguhkan

Setiap tahun, Call of Duty menerima pemainan baharu sejak 2005, tetapi tahun depan tidaklah seperti yang dijangkakan. Activision Blizzard menangguhkan judul Call of Duty yang dijadualkan pelancaran tahun hadapan.

Di Twitter, penulis Tom Henderson berkongsi maklumat daripada laporan Jason Schreier dari Bloomberg yang menyatakan bahawa Call of Duty 2023 akan ditangguhkan, yang akan menandakan kali pertama tiada permainan Call of Duty baharu akan dikeluarkan dalam satu tahun sejak permainan pertama dikeluarkan pada tahun 2003.

Henderson tidak berkongsi secara spesifik punca penangguhan itu walaupun ia mungkin sebahagiannya terdorong oleh cabaran teknikal yang dihadapi oleh Call of Duty Vanguard.

Nampakyna, ini bermakna Modern Warfare 2 akan menerima lebih banyak sokongan berbanding judul COD yang lain, dan Warzone 2 mungkin akan dilayan dengan lebih berhati-hati. Kewangan Activision akan terjejas teruk oleh kelewatan sedemikian, yang membawa kepada rangkaian cabaran baharu sepenuhnya untuk penerbit.

Walaupun tiada apa-apa yang disahkan lagi, langkah sedemikian boleh memberi kesan besar pada pelancaran masa depan jika semuanya berjalan lancar. 

Sumber rujukan: Bloomberg

RELATED NEWS

+