Permainan dating-sim & detektif pertama miHoYo – Tears of Themis

miHoYo pembangun dan pengeluar permainan video terkenal Genshin Impact dan Honkai Impact baru-baru ini melancarkan permainan Romance-Detective, Tears of Themis.

Anda boleh membantu dalam misteri menyelesaikan kes dengan undang-undang, mempertahankan kebenaran dan keadilan, dan menjalinkan hunungan romantik dengan kesemua protagonis lelaki ini.

Tears of Themis kini boleh pra-tempah untuk pelantar iOS dan Android.

Permainan ini menceritakan pengembaraan romantik di Stellis.

Bandar Stellis yang penuh dengan masyarakat dan modernisasi kini mempunyai masalah kesihatan mental untuk ramai orang sehingga membawa bahaya kepada bandar itu. Orang yang dahulunya baik kini menjadi ganas atau mudah terjebak dengan jenayah. Tears of Themis memperkenalkan 4 watak protagonis

Nantikan permainan video ini di pelantar iOS dan Android di laman utama Tears of Themis.

RELATED NEWS

+