Permainan MMO sukan lasak Riders Republic diumumkan oleh Ubisoft

Jika anda berminat dengan permainan video sukan lasak, Riders Republic adalah satu permainan massively multiplayer online (MMO) baharu daripada Ubisoft yang pasti membuat anda rasa teruja.

Ia diumumkan baru-baru ini di acara Ubisoft Forward yang berlangsung pada awal pagi hari ini. Ia akan dilancarkan di PC, PlayStation 4 (PS4), PlayStation 5 (PS5), Xbox One, Xbox Series X, dan Google Stadia pada 25 Februari 2021.

Dalam permainan ini, pemain-pemain akan berlumba, melakukan aktiviti lasak, dan mengembara dalam sebuah dunia terbuka dengan basikal, papan ski, dan baju sayap.

Ubisoft mengesahkan bahawa versi konsol generasi baharu boleh dimainkan pada kadar bingkai 60FPS. Mereka juga menyatakan bahawa lebih daripada 50 pemain serentak boleh dipaparkan apabila bermain di PC, PS5, dan Xbox Series X.

Untuk PS4 dan Xbox One, bilangan pemain diturunkan ke “lebih daripada 20 pemain” sahaja. Walaubagaimanapun, Ubisoft tidak menyatakan apa-apa tentang aspek naik taraf percuma dari konsol generasi ini ke konsol generasi baharu.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+