video ini. Sebuah studio di Turki pula membangunkan permainan berdasarkan siri Netflix itu."> video ini. Sebuah studio di Turki pula membangunkan permainan berdasarkan siri Netflix itu." /> video ini. Sebuah studio di Turki pula membangunkan permainan berdasarkan siri Netflix itu." />

Permainan Red Light, Green Light dari Squid Game dicipta secara sempurna menggunakan Unreal Engine

Para peminat Squid Game boleh dikatakan amat kreatif. Baru-baru ini, seorang peminat Genshin Impact menggabungkan kedua-dua permainan itu dan menghasilkan video ini. Sebuah studio di Turki pula membangunkan permainan berdasarkan siri Netflix itu.

Bagi yang belum menonton siri Netflix itu, terdapat spoiler siri Squid Game dalam teks yang berikut.

Seorang pengguna Reddit yang bernama u/saas_dev mencipta pengalaman ‘Red Light, Green Light’ dengan hampir sempurna menggunakan enjin pembangunan Unreal Engine dari Epic. Bagi penonton siri Squid Game, pasti anda akan rasa bahawa hampir tiada perbezaan antara ciptaan ini dengan siri Netflix itu. Cuma yang berbeza adalah ketiadaan pakaian hijau dari Squid Game.

Video itu mendapat banyak komen yang memuji usaha serta ketepatan saas_dev dalam membuat semula cabaran hidup mati itu. 

Sudah tentu, ini bukan versi maya pertama yang diinspirasikan oleh siri Netflix itu dan tidak mungkin yang terakhir. Sebagai contoh, anda boleh memainkan permainan dari Squid Game melalui permainan Roblox yang bernama Fish Game.

Seperti yang pernah dikatakan, tren permainan Squid Game ini mungkin tidak akan tahan lama kerana sudah ramai yang menonton siri ini dan juga puluhan parodi dan buatan semula yang berlegar di ruangan internet. Namun, ia tetap memuaskan apabila dapat melihat kualiti video yang dicipta oleh seorang peminat.

RELATED NEWS

+