Destiny, sebuah francais permainan First Person Shooter (FPS) yang popular dibangunkan oleh Bungie mungkin akan mendapat versi mudah alih dalam masa terdekat. "> Destiny, sebuah francais permainan First Person Shooter (FPS) yang popular dibangunkan oleh Bungie mungkin akan mendapat versi mudah alih dalam masa terdekat. " /> Destiny, sebuah francais permainan First Person Shooter (FPS) yang popular dibangunkan oleh Bungie mungkin akan mendapat versi mudah alih dalam masa terdekat. " />

Permainan RPG Destiny mungkin akan tiba ke mobile

Destiny, sebuah francais permainan First Person Shooter (FPS) yang popular dibangunkan oleh Bungie mungkin akan mendapat versi mudah alih dalam masa terdekat.

Hal ini dibangkitkan kerana senarai pekerjaan rasmi terbaru mendedahkan bahawa Bungie sedang mencari Pengarah Seni, Penerbit Eksekutif, dan Pengurus Ujian Kanan, yang semuanya akan mengusahakan permainan Destiny yang akan datang, memberi petunjuk untuk Destiny versi mudah alih.

Syaratnya termasuk berpengetahuan tentang permainan Destiny dan juga berpengalaman dengan permainan mudah alih AAA, sesuatu yang mengimplikasikan bahawa permainan mudah alih Destiny sebenarnya dalam proses pembangunan.

Pelancaran Destiny kepada kedua-dua peranti Android dan iOS akan membantu mengembangkan permainan ini ke lebih banyak kawasan di seluruh dunia.

Ini adalah syarat untuk menjadi Eksekutif Kanan, Pembangunan (Filem, TV dan Transmedia). Gambar dari Bungie

Senarai syarat diatas tidaklah begitu menarik sebenarnya kerana ia tidak memberikan apa-apa petunjuk untuk permainan Destiny versi mudah alih. Namun, syarat di bawah ini terdapat sebuah petunjuk yang mungkin pemain dan peminat permainan mudah alih akan perasan.

Ini antara syarat untuk Pengarah Seni. Gambar dari Bungie

Berdasarkan syarat pekerjaan yang ditunjukkan oleh Bungie, kita dapat lihat bahawa pemohon diminta untuk bersedia bekerja dengan rakan kerja dalaman dan luaran. Lebih-lebih lagi, pemohon harus bersedia melakukan perjalanan ke China apabila diperlukan, dan juga, dapat berbahasa Cina yang pastinya akan menjadi bonus dan dihargai.

Tambahan pula, syarikat NetEase yang dikenali dengan pelbagai permainan mudah alih sudah pun membeli saham minoriti di Bungie beserta sebuah tempat di lembaga pengarah selepas mereka melabur lebih dari AS$100 juta ke Bungie. 

Berdasarkan kekosongan perkerjaan di atas, Bungie dilihat berminat untuk ke arena permainan mudah alih. Sehubungan itu, NetEase berpusat di China yang mengkhususkan dalam permainan mudah alih dalam talian sangatlah sesuai dengan semua perkara lain yang sudah dinyatakan di atas mengenai permainan yang akan datang ini.

RELATED NEWS

+