Permainan RPG ikan yu Maneater akan dilancarkan pada hujung minggu ini

Jarang sekali kita mendengar tentang permainan video role-playing game (RPG) di mana kita bermain sebagai seekor ikan yu. Itulah premis permainan video Maneater, judul yang dibangunkan oleh Tripwire Interactive.

Trailer pelancaran Maneater baru sahaja dimuat naik dan judul tersebut akan dilancarkan pada 22 Mei 2020. Ia akan dilancarkan di PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One. Versi Nintendo Switch juga akan dilancarkan tetapi tarikh pelancarannya belum diumumkan.

Seperti yang dinyatakan di atas, anda akan bermain sebagai seekor ikan yu dalam Maneater. Misi anda ialah membalas dendam terhadap seorang pemburu ikan yu yang membunuh ibu ikan yu tersebut.

Elemen RPG dalam permainan ini hadir dalam bentuk evolusi ikan yu yang dikawal oleh anda. Terdapat pelbagai kemahiran dan kebolehan yang boleh diperoleh melalui menewaskan musuh manusia dan juga haiwan lain.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+