Permainan sukan multi-pemain Riders Republic telah ditunda

Banyak permainan video terpaksa ditunda ketika penularan pandemik COVID-19 dan Riders Republic tidak terkecuali. Permainan ini telah ditunda ke tarikh lain tetapi masih akan dilancarkan pada tahun ini.

Ubisoft membuat pengumuman ini pada awal pagi tadi melalui laman-laman media sosial mereka. Riders Republic pada asalnya dirancang untuk dilancarkan pada 25 Februari tahun ini.

Studio tersebut tidak memberi penerangan tepat tentang alasan di sebalik penangguhan ini. Mereka hanya menyatakan masa tambahan akan digunakan untuk memastikan permainan ini menjadi pengalaman yang menyeronokkan.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+