Permainan Video Best Sepanjang Disember 2017!

Penghujung tahun sudah tiba! Ini dia senarai game yang korang nanti-nantikan untuk keluar pada bulan Disember ini. Jangan terlepas!

Memandangkan terdapat banyak game dan expansion baru, adakah korang dah bersedia untuk non-stop gaming bulan ini?

1. Doom VFR – (PlayStation 4 dan HTC Vive)

Mengikut reboot terbaru daripada francais Doom pada 2016 maka terhasil lah DOOM FVR. Di PlayStation4, permainan ini boleh dimainkan menggunakan DualShock 4 ataupun Move controller. Lebih menarik, ia juga boleh dimainkan di PlayStation 4 VR yang mana bundlenya akan hadir pada hari keluaran.

Nampaknya semakin banyak game yang akan cross-platform ke VR juga.

2. Dead Rising 4: Frank’s Big Package – (PlayStation 4)

Selepas dikeluarkan di Steam dan Xbox One, akhirnya judul keempat ini akan hadir di PlayStation4  juga bersama kandungan ekstra dan yang boleh dimuat turun. 

Dalam mod baru dipanggil Capcom Heroes, Frank menggunakan abilities dan kuasa Dante dari Devil May Cry, X dari Mega Man, Cammy dari Street Fighter dan banyak lagi.

Trailer Mod Dead Rising 4 Capcom Heroes memperlihatkan karakter klasik dari siri Dead Rising juga. Frank dari Dead Rising 4 boleh dimainkan sebagai Classic Frank dari judul pertama dan juga Adam the Clown serta Zombie Frank semuanya dalam mod Capcom Heroes ini. 

3. Destiny 2: Curse of Osiris – (PS4, PC dan Xbox One)

Bagi peminat Destiny 2, ini adalah expansion terbaru untuk korang. Kempen itu memfokuskan kepada kisah Warlock lagenda bernama Osiris dan kembara para Guardians untuk menghentikan ancaman Vex di Mercury dan juga Infinite Forest. 

Tambahan lagi, Bungie turut mendedahkan mod baru dipanggil “Raid Lair”, satu expansion untuk raid Leviathan yang akan diperkenalkan dalam Curse of Osiris.

4. Okami HD – (PS4, PC dan Xbox One)

Korang sekali lagi boleh mengawal Amaterasu dalam permainan aksi-kembara yang stylish dari Clover Studio ini. Versi remaster ini dikatakan akan menyokong resolusi 4K di PlayStation 4 Pro, PC dan Xbox One X.

Pemain akan diberi pilihan untuk bermain dalam aspect ratio widescreen 16:9 ataupun 4:3. 

5. Playerunknown’s Battlegrounds – Xbox One

PUBG kini menyertai program Microsoft’s Xbox Game Preview.

Ketua Pegawai Eksekutif PUBG Corp, Chang Han Kim berkata, pihaknya dalam proses membangunkan permainan itu di Xbox One dengan fokus kepada komuniti sama seperti di PC.

“Hasilnya, pengalaman bermain game ini sedikit berlainan di Xbox One berbanding di PC,”

Pembangun PUBG, Bluehole juga dalam perancangan untuk melancarkan permainan itu di PC di akhir Disember ini.

6. Resident Evil 7: End of Zoe dan Not a Hero – (PS4, PC dan Xbox One)

Sudah lama peminat menantikan kehadiran veteran Chris Redfield, pada Jun tapi tidak kesampaian dan delay sehingga ke hari ini. Bagaimanapun, DLC percuma yang mengisahkan Chris memburu Lucas Baker itu akan dikeluarkan juga dalam edisi ini tidak lama lagi.

Episod kedua, End of Zoe juga boleh dimainkan. Korang akan dapat tahu nasib Zoe Baker sambil berdepan dengan musuh baru serta kawasan paya yang menjadi latar tempat permainan ini.

7. Final Fantasy 15: Episode Ignis – (PlayStation 4 dan Xbox One)

Sony menunjukkan trailer baru di Paris Games Week dan seperti Episode Prompto dan Episode Gladiolus, Ignis juga akan dirungkai kisahnya dalam Episode Ignis sebagai ahli yang paling bijak dalam kumpulan itu.

Apa lagi, simpanlah duit korang siap-siap untuk beli game favorite korang nanti!

RELATED NEWS

+