Permainan video Demon Slayer akan tiba tahun ini

Sega hari ini mengumumkan permainan video Demon Slayer: The Hinokami Chronicles untuk pasaran global tahun ini. Permainan video ini dibangunkan oleh CyberConnect2 yang terkenal dengan banyak permainan video Naruto dan Asura’s Wrath.

Demon Slayer: Kimetsu No Yaiba – The Hinokami Chronicles akan menyertakan dua mod permainan iaitu Solo dan Versus.

Mod Solo akan mengikuti Kamadou Tanjiro dalam kisah cerita seperti anime “Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba” untuk menyelamatkan Nezuko adiknya, dari bertukar menjadi iblis.

Mod Versus pula, karakter-karakter dari anime boleh digunakan termasuk Tanjiro dan Nezuko dalam perlawanan 1 lawan 1 bagi sesi dalam talian atau luar talian.

Demon Slayer: Kimetsu No Yaiba – The Hinokami Chronicles diumumkan untuk PC, Playstation 4, Playstation 5, Xbox One, dan Xbox Series tapi tarikh pelancaran rasmi belum lagi dikeluarkan.

RELATED NEWS

+