Permainan video Malaysia, No Straight Roads akan tiba 21 Oktober ini di Steam

Selepas dilancarkan tahun lalu di PS4, Xbox One, dan PC melalui Epic Games Store, permainan dari studio Malaysia Metronomik yang berjudul No Straight Roads kini hadir ke Steam dengan Encore Edition pada 21 Oktober ini.

Versi ini akan merangkumi semua kandungan yang dilancarkan sebelumnya seperti Christmas Edition yang menambahkan muzik, hiasan, pakaian, dan banyak lagi yang bertemakan musim percutian.

Encore Edition ini akan merangkumi kandungan eksklusif baru seperti muzik remix, sinematik baru, peningkatan kualiti hidup, mod yang lebih baik, akses ke bengkel Zuke di mana sahaja, peningkatan visual, kesukaran yang disemak semula dan kandungan berasaskan peminat.

Menurut Wan Hazmer, CEO dan pengarah permainan di Metronomik, pasukan pembangunan permainan ini berterima kasih kepada peminat yang menyokong permainan ini, dan mereka teruja untuk melancarkan permainan ini di Steam.

No Straight Roads boleh dimainkan pada pelantar PlayStation 4, PlayStation 5, PC, Xbox Series X & S, dan Xbox One. Dapatkan versi Steam yang akan dilancarkan pada 21 Oktober ini di sini.

RELATED NEWS

+