Permainan video Upin & Ipin akan datang ke PS4 dan Nintendo Switch

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Siri animasi kesukaan ramai Upin & Ipin akan ke pelantar konsol tidak lama lagi.

Upin & Ipin juga antara animasi yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia beberapa tahun lepas dan masih menjadi antara siri animasi paling popular di Indonesia.

Pengarah urusan studio animasi Les’ Copaque, Burhanuddin Md Radzi menunjukkan beberapa babak permainan video Upin & Ipin itu di pelantar Facebooknya.

Permainan ini dibangunkan oleh syarikat permainan video di Las Vegas iaitu Streamline Media Inc.

Streamline Media juga pernah menjadi antara syarikat yang bekerja untuk projek besar seperti Street Fighter V, Oddworld: Soulstorm dan Bake ‘N Switch.

“Permainan ini adalah sangat mesra keluarga dan sesuai untuk semua lapisan usia,” ujar Burhanuddin Md Radzi.

Seperti yang ditunjukkan dalam video, permainan ini memberi fokus kepada Upin & Ipin dalam pengembaraan dan kehidupan seharian mereka di kampung.

Setakat ini permainan video Upin & Ipin masih belum mempunyai judul rasmi projek ini juga dijangka akan siap pada Oktober tahun ini.

Permainan video ini dijangka akan dilancarkan di pelantar PlayStation 4 dan Switch pada suku pertama tahun hadapan.

RELATED NEWS

+