Permata yang hilang – Kyrul bersara dari e-sukan, mahu berpindah cari peluang di luar negara

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

“Saya muda lagi, sekarang 24 tahun dan saya dah terbabit dalam e-sukan selama empat tahun jadi saya rasa macam banyak lagi peluang dan bidang pekerjaan saya belum teroka,” itu kata Kyrul atau nama sebenarnya Khairul Afiq Kamaruzaman, 24.

Pengulas PUBG Mobile itu membuat keputusan untuk berhenti dari e-sukan dan mencari peluang dalam bidang pekerjaan lain.

“E-sukan dah banyak bagi saya ruang dan peluang untuk ‘grow as a person’ dan melihat pelbagai perspektif dari sudut pandang berbeza.

“Sekarang saya mahu cari peluang lain yang mana saya boleh berkembang dengan lebih baik sebagai seorang insan.

“Saya dah buat keputusan. Saya akan berpindah ke luar negara tapi kerja apa tu, biarlah kenalan rapat saja tahu,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

PENGALAMAN TAK DAPAT DILUPAKAN

Foto: Kyrul Gaming | Facebook

Kata Kyrul, sepanjang pembabitannya dalam e-sukan, dia banyak kenalan baru dan dapat peluang mengulas di pelbagai kejohanan peringkat tempatan dan antarabangsa.

“Saya dapat kenalan baru dan belajar banyak pengalaman dalam kerjaya.

“Tapi saya bukanlah seorang yang selesa sangat membuat ‘content’ di depan kamera jadi saya nampak kawan-kawan saya lakukan dengan baik dan bekerjasama dengan banyak jenama untuk penciptaan kandungan. Selamat maju jaya kepada mereka,” katanya.

Kyrul juga beranggapan penghargaan terbesar buat dirinya apabila banyak media tempatan yang mengetengahkan perjalanannya dalam e-sukan.

“Saya rasa dihargai apabila media tempatan, wartawan e-sukan berkongsi kisah saya di dada akhbar mahupun di kaca tv. Ia membuatkan ramai orang kenal dan nampak hasil usaha. Benda tu agak best lah,” katanya.

TOPCAST PARTNER IN CRIME

Foto: Kyrul Gaming | Facebook

“Topcast adalah best partner saya dalam e-sukan dan bidang pengulasan. Bermula dari pencarian pengulas bagi PUBG Mobile Campus Championship pada 2020 sehinggalah sekarang sudah mengulas pelbagai kejohanan bersama.

“Saya anggap dia sahabat sejati bukan dalam pengulasan atau arena e-sukan saja tapi di luar bidang kerja juga. Banyak kisah peribadi dan perancangan dalam hidup yang kami kongsi bersama,” katanya.

Sejak empat tahun lalu, Kyrul sudah menjadi pengulas, hos, penganalisis pasukan dan penganalisis di kejohanan PUBG Mobile.

Foto: Kyrul Gaming | Facebook

Dia juga menyertai tiga pasukan PUBG Mobile iaitu Team SMG, HomeBois dan Geek Fam sebagai penganalisis pasukan itu.

Penulis mahu ucapkan selamat maju jaya kepada Kyrul dan terus melebarkan sayap mencipta kejayaan di mana saja anda berada!

RELATED NEWS

+