Persona 5 Royal, Persona 4 Golden dan Persona 3 Portable akan hadir ke Switch

Nampaknya peminat Nintendo Switch boleh bersorak gembira akhirnya selepas Persona 5 Royal, Persona 4 Golden dan Persona 3 Portable kini diumumkan akan hadir ke platform itu.

Dalam sidang Nintendo Direct Mini semalam yang memfokuskan pada permainan dari pihak ketiga (third party), Atlus mengumumkan ketiga-tiga permainan video ini hadir ke Switch.

Difahamkan, ketiga-tiga entri ini diumumkan terlebih dulu di konsol Xbox dan PlayStation 4 dan 5.

Persona 5 Royal akan hadir pada 21 Oktober manakala entri lain pada tahun depan. Sebelum ini, P3 Portable dikeluarkan di PSP manakala P4 Golden di PS Vita dan PC. P5 pula dikeluarkan secara lebih meluas iaitu di PS4 dan akan hadir ke PS5 dengan penambahbaikan grafik.

Walaupun ia P3 dan P4 adalah entri lama, ia masih mengujakan peminat Persona yang umumnya mempunyai Nintendo Switch untuk bermain game genre RPG.

RELATED NEWS

+