Persona 5 Strikers versi Bahasa Inggeris akan tiba pada Februari 2021

Persona 5 Scramble: The Phantom Strikers bukan satu tajuk permainan yang asing kepada peminat siri Persona. Ia telah dilancarkan di negara Jepun pada awal tahun ini untuk PlayStation 4 (PS4) dan Nintendo Switch. Tarikh pelancaran versi Bahasa Inggeris yang diberi tajuk Persona 5 Strikers akhirnya diumumkan dan ia akan tiba pada 23 Februari 2021.

Pengumuman ini sebenarnya tertiris apabila saluran rasmi YouTube Atlus memuat naik trailer pengumuman Persona 5 Strikers beberapa hari lepas. Video tersebut kini telah dipadamkan tetapi telah dimuat naik oleh saluran-saluran lain seperti GamersPrey.

Tidak seperti Persona 5, Persona 5 Strikers merupakan permainan aksi dalam genre musou di mana pemain akan mengawal beberapa watak-watak utama Persona 5 untuk bertarung dengan ratusan musuh.

Persona 5 Strikers akan dilancarkan pada 23 Februari 2021 untuk PS4 dan Nintendo Switch.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+