Persona 6 mungkin akan dilancarkan kelak

Peminat dan pemain siri Persona kini boleh berasa teruja di mana kemungkinan Persona 6 akan dilancarkan kelak.

Walaupun ianya masih belum diumumkan secara rasmi oleh pihak Altus, iklan pekerjaan yang disenaraikan oleh mereka mungkin memberikan gambaran bahawa mereka kini sedang dalam proses untuk memasarkan permainan baru mereka ke peringkat global. 

Sumber: Altus

 Iklan pekerjaan itu menyenaraikan jawatan “Bisnes Luar Negara (Pemasaran Global)” di mana bertanggungjawab memasarkan permainan yang dibangunkan Altus. 

Atlus kebiasaannya akan melancarkan permainan mereka bagi pasaran Jepun dahulu sebelum ianya dilancarkan diperingkat global.

Seperti Persona 5 dan Persona 5 Royal yang dilancarkan di Jepun beberapa bulan sebelum dilancarkan di pasaran dunia.

Sumber: ComicBook

RELATED NEWS

+