Persona mengacah 7 pengumuman untuk ulangtahun ke-25

2021 menandakan ulangtahun ke 25 buat francais Persona dan adalah tonggak sejarah bagi salah satu francais JRPG kesayangan ramai ini. Dilihat, pembangun Atlus sedang mengacah beberapa berita menarik mengenaik acara ini dengan 7 pengumuman. 

Melalui laman Twitter mereka, sebagai persediaan untuk sambutan ulangtahun itu, satu laman ulangtahun ke 25 dan tujuh pengumuman akan dibuat sehingga tahun depan, dengan yang pertama akan diumumkan sekitar September. 

 

Beberapa lagi pengumuman akan dibuat pada tahun hadapan dan dijadualkan pengumuman terakhir akan berlaku pada musim Luruh 2022. 

Perlu diingatkan kebiasaan pengumuman begini tidak membawakan apa-apa selain pelancaran merchandise terbaru, tetapi dengan usaha mereka mengacah tujuh pengumuman, kemungkinan ada sesuatu yang yang lebih berharga daripada itu. 

Walaubagaimanapun, terdapat pautan untuk mereka yang ingin mendapatkan barangan berkaitan dengan Persona.

Permainan Persona terbaru yang dilancarkan ialah Persona 5 Royal yang dilancarkan pada 2020 di barat dan Persona 5 Strike pada awal tahun ini, di mana kedua-duanya adalah siri ‘spin-off’ Persona 5.

RELATED NEWS

+