Pertandingan Call of Duty: Mobile Battle Royale Worlds Invitational diumumkan, hadiah terkumpul sebanyak RM418,000

Bersempena sambutan ulang tahun Call of Duty: Mobile yang kedua pada 1 Oktober, Activision baru-baru ini mengumumkan sebuah pertandingan Call of Duty: Mobile Battle Royale (BR) Worlds Invitational. 

Pertandingan itu akan diadakan pada 9 dan 10 Oktober dengan menawarkan hadiah terkumpul sebanyak US$100,000 atau kira-kira RM418,000.

Diumumkan melalui laman Twitter CoD Mobile India, pertandingan ‘duo’ ini akan melibatkan strimer CoD Mobile daripada 4 wilayah iaitu APAC, Eropah, Amerika Latin dan Amerika Utara. 

Buat masa ini perincian mengenai jumlah pembahagian wang hadiah dan nama streamer yang akan terbabit untuk pertandingan ini masih lagi belum diumumkan. 

Pertandingan itu akan berlangsung pada 9 dan 10 Oktober ini. Asia Pasifik (APAC) akan berlangsung pada 9 Oktober pada 4.00 petang waktu Malaysia dan Eropah pada jam 11.00 malam waktu Malaysia.

Manakala pada 10 Oktober Amerika Latin (LATAM) akan berlangsung pada 4.00 pagi 11 Oktober waktu Malaysia dan Amerika Utara pada 8.00 pagi 11 Oktober waktu Malaysia.

Bagi mereka yang ingin saksikan pertandingan ini, anda boleh saksikan di saluran YouTube Call of Duty: Mobile.

Sumber: Dot Esports.

RELATED NEWS

+