artikel yang lepas, pasca The International 2019 menyaksikan lebih ramai pemain Dota 2 beralih angin dan mencari hala tuju baru dengan menukar pasukan. Artikel kali ini memfokuskan pada pertukaran roster yang berlaku dari 19 September hingga 25 September – apa yang terjadi?"> artikel yang lepas, pasca The International 2019 menyaksikan lebih ramai pemain Dota 2 beralih angin dan mencari hala tuju baru dengan menukar pasukan. Artikel kali ini memfokuskan pada pertukaran roster yang berlaku dari 19 September hingga 25 September – apa yang terjadi?" /> artikel yang lepas, pasca The International 2019 menyaksikan lebih ramai pemain Dota 2 beralih angin dan mencari hala tuju baru dengan menukar pasukan. Artikel kali ini memfokuskan pada pertukaran roster yang berlaku dari 19 September hingga 25 September – apa yang terjadi?" />

DOTA2: Pertukaran Pemain Setakat Ini – Liquid Akan Mempunyai Roster Terbaru, MidOne Tinggalkan Secret?, Kuroky Stacks Dan Banyak Lagi

Sambungan daripada artikel yang lepas, pasca The International 2019 menyaksikan lebih ramai pemain Dota 2 beralih angin dan mencari hala tuju baru dengan menukar pasukan. Artikel kali ini memfokuskan pada pertukaran roster yang berlaku dari 19 September hingga 25 September – apa yang terjadi?

 

Tidak rasmi – Liquid dikhabarkan akan mempunyai roster baru

Satu posting di Reddit mengatakan Liquid mungkin akan mempunyai barisan pemain baru dalam masa terdekat selepas melepaskan roster Dota 2 mereka sejurus berakhirnya The International 2019 baru-baru ini. 

Sepanjang lima tahun di organisasi itu, skuad dipimpin Kuro “Kuroky” Salehi Takhasomi pernah menjuarai The International 7 dengan kemenangan 3-0 ke atas skuad China, Newbee. Perjuangan mereka tak terhenti di situ apabila mendapat tempat keempat di kejohanan dunia Dota 2, The International 8 dan terus mendominasi sebagai king of lower bracket di TI9 sebelum tewas di tangan juara, OG 1-3.

Perjuangan mereka ketika musim Dota Pro Circuit juga tak kurang hebatnya. Mereka banyak memenangi podium dan mempamerkan prestasi luar biasa. Namun, perjalanan ini kini berakhir.

Sebab sebenar pengunduran pemain-pemain ini tak didedahkan tapi mengikut track record Liquid yang gemar mempromosikan roster CS:GO mereka, mungkin ada isu pilih kasih dalam hal ini. Malah, Kuroky dalam satu temubual tak lama dulu juga mengatakan organisasi mengambil potongan hadiah kemenangan yang tinggi dan mereka sebenarnya boleh survive dalam industri (mendapatkan tempat latihan dan sebagainya) tanpa perlukan bantuan organisasi.

 

Tidak rasmi – MidOne akan meninggalkan Secret? diganti dengan MATUMBAMAN

Satu tipster (pendedah maklumat) di Reddit mengumumkan berita mengejutkan, mengatakan Secret mungkin akan mengalami rombakan besar-besaran apabila melepaskan bintang mereka, MidOne. Pemain Malaysia itu kerap kali membantu Secret memenangi beberapa Major, Minor dan mendapat ranking terbaik dalam Dota Pro Circuit. 

Mengikut gambar di atas, Matumbaman akan menggantikan MidOne untuk menyertai ahli yang lain. Sebab sebenar pengunduran MidOne ini masih belum pasti tapi penulis akan mendapatkan komen beliau dalam masa terdekat.

Semestinya satu kehilangan besar buat Secret jika perkara ini berlaku. Ini juga bermakna Yeik Nai Zheng (MidOne) akan mengalami pertukaran pasukan buat kali ketiga sejak bersama Fnatic pada tahun 2015.

 

Skuad baru VICI

Nampaknya Paparazi akan menukar nama kepada Eurus manakala Fade meninggalkan skuad ini. Di bawah adalah lineup baru Vici Gaming bagi menghadapi musim baru DPC. 

 

Newbee dengan roster baru

Skuad China ini antara yang mengalami rombakan besar-besaran, melepaskan kesemua pemain mereka yang terdahulu dan kini hadir dengan lineup baru.

 

RNG pun roster baru

Di laman Weibo, RNG mengumumkan roster baru mereka. Mereka berterima kasih kepada LaNm dan pemain Malaysia, Ah Fu.

Roster akhir mereka ialah Monet, Setsu, Flyby, dogf1ghts, Fenrir

 

Ninjas in Pyjamas masih diketuai PPD, Universe menyertai

Universe akhirnya menyertai skuad PPD diikuti dengan Biver, gunnar dan Oliver. Semestinya lineup baru ini nampak promising.

Terdapat banyak lagi pasukan akan mengalami pertukaran roster dan jangan lupa ikuti kami untuk perkembangan lanjut pasca The International 2019 ini!

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+