Peruntukan RM20 Juta Untuk E-Sukan Diumumkan Bagi Belanjawan 2020

Kerajaan Pakatan Harapan bersedia memperuntukkan RM20 juta pada tahun depan bagi merancakkan lagi industri e-sukan negara.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bersempena pembentangan Belanjawan 2020 sebentar tadi di Dewan Rakyat.

Beliau juga mengucapkan selamat maju jaya kepada atlet Malaysia yang akan bertanding dalam kategori e-sukan di Sukan SEA 2019 di Filipina pada Disember nanti dan mengharapkan mereka membawa pulang sebanyak mungkin emas.

Sebelum ini, peruntukan sebanyak RM10 juta disalurkan kepada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) pada Belanjawan 2019 namun kelulusan bagi peruntukan itu hanya diumumkan baru-baru ini.

Ia diagihkan sebanyak RM5 juta kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan RM5 juta lagi untuk MDEC.

Berita lanjut menyusul…

RELATED NEWS

+