PES 2019: Konami Berdepan Pembatalan Lesen Dari Kelab Jerman, Borussia Dortmund

Pada bulan April, Konami umumkan Pro Evolution Soccer (PES) pembatalan lesen Champions League, antara lesen terbesarnya yang tak dimiliki pesaing iaitu FIFA sebelum ini. Dan sekarang, Konami berdepan satu lagi kehilangan lesen besar.

Mereka mengumumkan hak perlesenan dengan kelab popular Jerman, Borussia Dortmund sudah dibatalkan. Ini bermakna kelab itu takkan lagi boleh dimainkan dalam PES 2019 (logo, pemain, stadium dan ciri lain takkan didapati dalam permainan).

Mengikut kenyataan daripada Konami, sebenarnya kelab Jerman itu yang menarik balik deal antara mereka.

“Konami dan Borussia Dortmund mempunyai licensing agreement bagi mendapatkan hak menggunakan logo, pemain, stadium dan ciri lain dalam produk KONAMI sehingga Jun 2020,” kata Konami. “Bagaimanapun, perjanjian ini ditarik balik oleh Borussia Dortmund, Konami tak akan memasukkan pemain, logo, stadium dan ciri lain dalam PES 2019 yang melambangkan kelab itu sama sekali,”

Walaupun kehilangan satu lagi hak perlesena, Konami menjanjikan kepada peminat yang mereka akan menyampaikan pengalaman lebih baik menerusi deal yang lain.

“Siri PES akan terus menyajikan pengalaman baru untuk menikmati permainan bola sepak dengan kolaborasi bersama pelbagai kelab dan liga. Terima kasih atas sokongan berterusan untuk siri ini,”

Seperti yang kita tahu dalam PES, ada beberapa pasukan termasuk kelab popular sebenarnya tak mempunyai hak perlesenan. Jadi seperti Red Devils menjadi Manchester United, mereka dipanggil Manchester Red dengan logo dan pemain berlainan.

Buat beberapa tahun, pemain PES memintas isu ini dengan kebolehan mengimport rekaan jersi, barisan pemain yang digubah sendiri dan lain-lain. Sekarang, mereka perlu menambah satu lagi pasukan dalam senarai itu.

PES 2019 dijadualkan keluar di Amerika Utara dan Eropah pada 28 Ogos dan 30 Ogos. Pasaran Malaysia pastinya menerima permainan ini di sekitar tarikh itu juga.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+