PES 2019 Perkenalkan Liga Perancis, Pemain Lagenda Dan Skill Baru

Konami mengumumkan trailer yang memperlihatkan gameplay PES 2019 di persidangan E3 2018 hari ini. 

Dalam video itu juga, Konami menawarkan beberapa ciri baru. Pertamanya, beberapa pemain Legends akan dimasukkan ke myClub; termasuklah Johann Cruyff, Lothar Matthaus, Paolo Maldini, Ruud Gullit, Pavel Nedved, Roberto Carlos, Cafu, Patrick Vieira, Oliver Kahn, Diego Maradona, dan cover art bagi Legends Edition iaitu David Beckham.

Keduanya, mereka menjanjikan sebilangan skill baru boleh digunakan. Terdapat juga beberapa lesen bagi liga-liga Perancis yang disahkan. Semuanya korang boleh usha dalam trailer di bawah.

PES 2019 akan hadir pada 28 Ogos ini di Xbox One, PlayStation 4 dan PC. 

Sumber: Xboxachievements

RELATED NEWS

+