PES 2019: Walaupun Gagal Mendapatkan Borussia Dortmund, Konami Berjaya Yakinkan Schalke 04

Selepas berita panas mengatakan Borussia Dortmund menarik balik perjanjian bersama Konami untuk PES 2019, syarikat Jepun itu memberi kenyataan balas dengan mengumumkan kolaborasi bersama kelab bola sepak Jerman, Schalke 04.

“Mereka naib juara dalam liga Jerman musim ini dan menunjukkan komitmen Konami untuk membawa best of the best daripada bola sepak dunia nyata kepada peminat PES,” kata Konami.

Ahli Lembaga di FC Schalke 04, Alexander Jobst juga berkata mereka teruja dengan kolaborasi ini.

“Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan penerbit game dikenali dunia, Konami. Kerjasama ini bermakna posisi Schalke sebagai pioneer dalam e-sukan bukan saja dikenali di Jerman tapi juga serata dunia,”

PES 2019 kali ini akan memperlihatkan pemain menyarungkan jersi rasmi Schalke dan bermain di stadium kebanggaan mereka iaitu VELTINS-Arena.

Pro Evolution Soccer 2019 akan dilancarkan di PlayStation 4, Xbox One dan PC pada 30 Ogos.

Sumber: Eurogamer

RELATED NEWS

+