“Pesaing terkuat Malaysia di Sukan SEA 2021 adalah Indonesia..” – Ciku

Pasukan Todak baru sahaja memenangi Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY yang kesembilan. Pencapaian ini sekaligus meletakkan mereka sebagai satu-satunya pasukan Malaysia yang mengangkat piala MPL sebanyak 2 kali.

Kini, Todak akan mengalihkan fokus mereka sepenuhnya ke Sukan SEA Hanoi 2021. Pihak kami sempat menemu bual pasukan Todak mengenai pesaing mereka yang terkuat di acara itu.

Menurut jurucakap dan juga ahli pasukan Todak iaitu Ciku, dia berkata Indonesia adalah pencabar yang terberat bagi kontijen negara di Sukan SEA nanti.

“Pendapat saya, saya rasa saingan terberat bagi pasukan Malaysia nanti mungkin Indonesia. Pemain mereka kesemuanya pemain bintang.

“Jadi, ia mungkin sukar untuk kami pasukan Malaysia bermain secara bar-bar. Kami harus kurangkan kesilapan (berjaga-jaga) di dalam pertandingan nanti dan kami akan cuba yang terbaik di Sukan SEA nanti,” akhirinya.

@mygameondotmy @TDK.Ciku rasakan pasukan Indonesia akan jadi saingan hebat di Sukan SEA nanti #todak #todaklanggar #sukansea #mpl #mlbb #mplmy #fyp #mobilelegends #kakigaming ♬ Orange (Orchestra Version) – 7!!

Sukan SEA Hanoi 2021 mempertandingkan MLBB, PUBGM (solo), PUBGM (acara berpasukan), Wild Rift (wanita), Wild Rift (lelaki), Free Fire, FIFA Online 4, League of Legends, Arena of Valor dan Crossfire.

Sebelum ini Skuad Malaysia pernah memenangi pingat emas untuk Hearthstone dan pingat gangsa untuk Mobile Legends: Bang Bang.

Ia dijangka berlangsung pada 12 Mei hingga 23 Mei ini.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+