Adakah ini masa untuk comeback bagi forsaken?
Pengharaman buat pemain Counter-Strike, Nikhil “forsaken” Kumawa untuk bertanding kini sudah tamat selepas enam tahun.
Pada Oktober 2018, forsaken menandatangani perjanjian dengan OpTic India untuk bertanding di eXTREMESLAND 2018 dan pada ketika itu dia ditangkap menggunakan cheats dengan nama word.exe.
Tindakan forsaken yang ingin sembunyikan kesalahannya bagaimanapun ‘kantoi’ apabila momen itu dirakam kamera. Dia juga pernah menggunakan cheats ketika acara ESL India.
Siapa sangka pemain “terkenal” ini sudah menghabiskan masa selama enam tahun menjalani hukuman dari Valve dan mungkin boleh melakukan comeback semula ke CS2.
Pada tahun lepas, dia juga sudah tamat menjalani hukumannya dengan Esports Integrity Coalition (ESIC).
Follow kami di WhatsApp, Instagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!