Peta Fracture dikeluarkan daripada mod Competitive buat sementara waktu

Meskipun baru sahaja dimasukkan ke mod Competitive selepas Patch 3.06 , Riot terpaksa mengeluarkan peta Fracture buat sementara waktu, berikutan isu pepijat.

Isu ini diumumkan oleh Riot melalui Twitter rasmi PlayVALORANT, menyatakan terdapat laporan yang spike muncul di bawah peta dan pemain di bahagian Attacker tidak boleh mengambilnya. 

Sebelum ini, Fracture dilancarkan hanya untuk mod Unrated. Melalui kemaskini Patch 3.06 terdapat perubahan yang dilakukan di beberapa peta, termasuk Fracture iaitu pada ‘crate’ bagi lebih melindungi pemain bersembunyi di belakangnya.

Untuk info yang lebih lanjut atau perkembangan VALORANT, anda boleh ikuti laman Twitter mereka. 

Sumber: Dot Esports

RELATED NEWS

+