Peta Pacific COD Warzone sedikit berbeza daripada khabar angin sebelum ini

Selepas pelbagai khabar angin, ketirisan dan acahan awal yang diperlihatkan oleh pembangun, peta Pacific bagi Call of Duty: Warzone akhirnya diperlihatkan secara rasmi. 

Namun, pemain dan komuniti merasakan peta baharu ini lebih kecil daripada yang dijangkakan. 

Pengguna Twitter ModernWarzone, melalui ciapannya kongsi imej terkini peta Caldera yang akan tiba melalui kemaskini Pacific ini. Mereka menyatakan “versi terakhir Caldera ini sedikit berbeza berbanding yang diperlihatkan ketika acara Secret of Pacific Warzone.”

Oleh itu, mereka juga berpesan untuk tidak menerima sebarang khabar angin atau ketirisan sepenuhnya kerana pasti akan berlaku sebarang perubahan sepanjang proses pembangunan sebelum ia dilancarkan secara rasmi.

Selain itu, pihak pembangun juga masih belum memberikan kenyataan rasmi mengenai perubahan yang dilakukan buat saiz peta ini. 

Kemaskini Pacific Call of Duty: Warzone dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi pada 8 Disember ini. Ia kini tersedia di platform PS4, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC.

Sumber: ComicBook.

TAGS

RELATED NEWS

+