melaporkan pasukan Dota 2 Petala Langit dibubarkan."> melaporkan pasukan Dota 2 Petala Langit dibubarkan." /> melaporkan pasukan Dota 2 Petala Langit dibubarkan." />

“Petala Langit takkan ada lagi pasukan e-sukan,” – bekas Pengurus, Mohd Iffan Daniel

Sebelum ini, penulis melaporkan pasukan Dota 2 Petala Langit dibubarkan. 

Mereka membuat pengumuman di laman Facebook pada dua hari lepas.

Mesti ramai yang hendak tahu mengenai mengapa Petala Langit terpaksa dibubarkan.

Ikuti sesi temubual bersama bekas Pengurus Petala Langit, Mohd Iffan Daniel Mohd Noor.

1. Boleh dikatakan Petala Langit dikenali ramai sebagai antara pasukan Dota 2 di Malaysia yang berjaya menempa nama, tetapi pembubaran ini nyata mengejutkan beberapa peminat dan juga pihak lain. Jadi kenapa bubar?

“Komitmen menjadi sebab utama mengapa pemain kami terpaksa berhenti dari bermain.

“Ada pemain yang bakal menyambung pengajian dan ada yang sudah bekerja.

“Namun ada juga pemain yang tidak menepati masa untuk sesi latihan (scrim) dan beberapa kejohanan,” katanya.

2. Kini pemain Petala Langit boleh dikatakan sudah menjadi ejen bebas.  Apakah hala tuju mereka selepas ini adakah mereka bakal menyertai beberapa pasukan baru atau ada yang meneruskan pembelajaran atau menjadi seorang streamer?

“Betul, mereka sudah menjadi ejen bebas dan kami sudah membuat keputusan untuk mengikut haluan masing-masing.

“Setakat ini seorang pemain yang disahkan bakal menyambung pengajian dan ada yang mahu berehat dari bermain Dota 2,” katanya.

3. Adakah Petala Langit selepas ini sebagai sebuah organisasi akan beralih ke e-sukan lain selain Dota 2 seperti MLBB, PUBG M dan sebagainya?

“Keputusan untuk membubarkan Petala Langit bukalah atas dasar pasukan Dota 2 sahaja.

“Malah sebab sebenar juga bukan disebabkan reshuffling atau penukaran roster.

“Pembubaran ini adalah pembubaran Petala Langit secara keseluruhan sebagai sebuah organisasi yang berdiri atas kaki sendiri dan tiada penaja.

“Oleh itu, Petala Langit yang sudah bertapak di dalam arena Dota 2 Malaysia tidak akan ada lagi untuk mana-mana e-sukan atas tujuan menjaga nama baik Petala Langit,” katanya.

4. Akhir sekali, apakah pendapat Daniel mengenai arena Dota 2 di Malaysia? Bagaimana caranya untuk menjadikan ia lebih baik?

“Bagi pendapat saya, arena Dota 2 di Malaysia semestinya harus ditingkatkan setaraf dengan permainan video lain (MLBB, PUBG, dan sebagainya).

“Sebagai contoh, semasa acara Esports Integrated baru-baru ini, mereka berjaya menaikkan nama-nama tempatan Dota 2 yang juga mewakili negeri sendiri dan juga negara.

“Bagi saya, kekurangan liga Dota 2 diadakan dan jumlah prizepool yang rendah menyebabkan ramai pemain yang berbakat dan ingin menempa nama kurang berminat dan kembali menjadi casual gamer yang beralih ke permainan video lain.

“Dari tinjauan saya, ramai pemain Dota 2 yang berbakat dan juga berhak mengharumkan nama negeri dan juga negara perlu diberikan perhatian dan peluang untuk mempamerkan bakat masing-masing.

“Bagi penonton dan penyokong arena Dota 2 di luar juga mahukan kejohanan yang lebih kompetitif dan menjadi hype dan inspirasi dalam game yang diminati bersama,” katanya mengakhiri perbualan.

Moga kesemua yang terbabit dengan Petala Langit bakal berjaya dalam apa sahaja yang akan mereka lakukan untuk masa hadapan nanti! Semoga berjaya!

RELATED NEWS

+