PewDiePie cerita pengalaman pahit sewaktu pulang dari Malaysia

Kita sedia maklum negara kita, Malaysia sentiasa memberikan layanan baik kepada pengunjung dari luar negara.

Namun, menurut laporan IGN SEA yang memetik kenyataan Youtuber popular, PewDiePie menyatakan sebaliknya.

Katanya, pengalaman penerbangan paling pahit olehnya adalah ketika berada di Malaysia dan mahu pulang ke tanahair.

“Pesawat ini tidak berangkat seperti dijadualkan. Saya terkandas selama dua jam dalam pesawat ini.

“Selepas itu, tiba-tiba mereka (kakitangan pesawat) membawa kami keluar dan mengatakan tiada lagi penerbangan pada hari itu,” katanya. 

Insiden itu dipercayai berlaku sekitar jam 2 pagi. Bagaimanapun, PewDiePie tidak menamakan syarikat penerbangan itu. 

“Saya juga tidak berjaya menempah bilik di hotel kerana penuh dan terpaksa tidur di lobi,” katanya.

Yang lebih mengejutkan apabila penumpang lain melayannya sebagai pengganas ketika dalam pesawat. 

“Mereka melayan saya seperti pengganas sebab saya ada bateri mudah dibawa (portable). Mereka juga bertanyakan saya mengenainya,” akhirinya.

TAGS

RELATED NEWS

+