PewDiePie Cipta Fenomena, Youtuber Solo Pertama Cecah 100 Juta Subscribers

Personaliti Youtube, Felix “PewDiePie” terus mencipta fenomena tersendiri apabila mencatatkan 100 juta peminat (subscribers) di laman sosial itu sebelum masuk bulan September sekali gus meletakkan beliau sebagai saluran solo pertama di Youtube yang berjaya meraih kejayaan itu.

Video PewDiePie bermain Minecraft berjaya menarik begitu ramai peminat yang menonton dan ini boleh dilihat apabila koleksi video dimuat naik pasti akan berada di kedudukan pertama ranking Youtube Gaming. Semua videonya juga sohor kini (trending) dan dikongsi di beberapa laman sosial antaranya Facebook, Twitter dan Instagram.

Berita baik ini juga dikongsi oleh Youtube sendiri menerusi kicauan di Twitter rasmi platform berkenaan:

Beliau juga mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada yang memberi sokongan selama ini.

Dengan kejayaan ini, tidak mustahil jika PewDiePie akan terus meluaskan genre permainan video dimainkannya.

Sumber: Comicbook

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+