YouTuber terkenal PewDiePie atau Felix Kjellberg diharamkan dari Twitch untuk masa yang sangat singkat semalam.
❌ Twitch Partner “PewDiePie” has been banned! ❌https://t.co/Pecu2QlSZg#twitch #ban #thirdban #partner #twitchpartner 🔊
— StreamerBans (@StreamerBans) October 3, 2024
Di Twitch, PewDiePie selalunya hanya melakukan siaran langsung dengan membiarkan video-video lamanya dimainkan.
Ramai peminat dan pengguna PewDiePie membuat gurauan mengenai tragedi pada tahun 2017 iaitu semasa PewDiePie menggunakan ”N-word” ketika bermain PUBG dan mungkin video ini menjadi punca dia diharamkan di Twitch.
![](https://i.tribune.com.pk/media/images/2120503-pewdiepie-1576668404.jpg)
Foto: tribune
Felix mengatakan ini adalah kesilapan daripada Twitch dan kini mendapat akaunnya semula.
Beberapa streamer lain juga terkena dengan pengharaman sekejap ini seperti Shroud dan LIRIK.
Ramai menjangkakan ia disebabkan oleh polisi Twitch yang selalu berubah-ubah.