Pewdiepie mendedahkan kenapa beliau tak ingin terima sumbangan daripada peminat

Ramai streamers yang menerima sumbangan derma daripada peminat tapi Felix “Pewdiepie” Kjellberg tidak lagi mengamalkan perkara itu.

Melihat kepada kejayaan Pewdiepie di saluran Youtube, pastinya beliau tidak memerlukan sumbangan ini tapi beliau ada menerangkan sebab terperinci mengenainya.

“Apabila saya menderma pada seorang pengguna Twitch, ia kelihatan pelik (menderma kepada orang).

“Saya lebih suka bercakap dengan mereka.

“Sebagai contoh di jalanan, orang memberi saya duit, saya akan hairan dan kalau saya stream (sila bayar saya). Ia tak masuk akal,” katanya.

Kata Pewdiepie, beliau menerima kontrak eksklusif daripada Youtube pada Mei lalu jadi ia tidak kena dengan situasi beliau. Bagaimanapun, beliau tak mengkritik mereka yang meminta sumbangan di stream.

Tak lama dulu dalam kes di luar negara, seorang ibu mendapati anaknya menderma sebanyak AS$20,000 kepada pelbagai streamer di Twitch menggunakan kad debit. Walaupun dia berjaya mendapatkan balik wangnya tapi prosesnya adalah sukar.

Bagi sesetengah streamer, sumbangan adalah dialu-alukan untuk mereka mendapatkan kelengkapan baru bagi penstriman langsung.

Di Malaysia, amalan menderma ini menjadi satu kebiasaan dan bukannya satu paksaan untuk dilakukan. Seperti juga Facebook Stars yang merupakan satu ciri seakan menyumbang untuk memberi sokongan kepada streamer kegemaran.

Sumber rujukan: Pewdiepie

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+