PewDiePie menjadi streamer di YouTube Gaming secara eksklusif

Antara platform livestream yang paling popular adalah Facebook Gaming, Twitch, dan YouTube Gaming. Salah satu cara yang digunakan untuk menaikkan jumlah penonton di sebuah platform ialah dengan mendapatkan streamer popular untuk stream secara eksklusif.

Baru-baru ini, YouTube Gaming mengumumkan bahawa mereka menandatangani sebuah perjanjian dengan YouTuber terkenal Felix Arvid Ulf Kjellberg atau lebih dikenali sebagai PewDiePie. Beliau kini menjadi streamer eksklusif di platform tersebut.

Perkara sebegini tidak asing dalam bidang livestreaming. Streamer terkenal lain seperti Ninja, Shroud, dan ramai lagi juga menerima tawaran untuk stream secara eksklusif di platform lain seperti Twitch dan Mixer.

PewDiePie masih mempunyai sebuah kerjaya yang aktif di YouTube. Saluran beliau kini sudah mencecah 104 juta subscribers dan beliau memegang tempat kedua saluran YouTube dengan jumlah subscribers tertinggi di dunia.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+