Piala COD Mobile World Championship East Final 2021 milik Blacklist International

Kejohanan bagi zon Barat sudah berakhir, begitu juga bagi zon Timur di mana piala CoD Mobile World Championship East Final 2021 dijulang oleh pasukan daripada Filipina, Blacklist International.

Bagi pusingan akhir, pasukan yang ditubuhkan pada September 2021 itu berjaya menewaskan ALMIGHTY dengan keputusan 3-2.

Blacklist International membawa pulang sebahagian besar daripada hadiah terkumpul iaitu sebanyak US$300,000 (RM1.26 juta).

Skerd daripada Blacklist International pula menerima anugerah XPERIA MVP sebagai pemain terbaik.

Call of Duty Mobile World Championship East 2021 merupakan kejohanan CoD Mobile anjuran Activision yang melibatkan 12 pasukan daripada negara-negara di Asia.Β 

Sumber: GamingonPhone

RELATED NEWS

+