Piala The Game Awards akhirnya dijumpai selepas hilang 4 tahun

Bayangkan anda cuma pengeluar permainan video indie dan anda memenangi anugerah yang sangat berprestij namun piala anugerah anda tidak pernah dapat?

Inilah yang dirasai oleh Extremely OK Games apabila mereka memenangi anugerah The Game Award.

Walaupun permainan video mereka, Celeste menerima trofi di atas pentas, tetapi pihak penganjur mengambil trofi itu balik untuk diposkan kepada mereka.

Namun trofi itu tidak pernah dihantar.

Seorang Youtuber PrestigeIsKey memberitahu dia mengambil masa lima tahun semata-mata untuk mencari replika trofi permainan video.

Suatu hari dia terjumpa satu trofi The Game Awards di ebay yang dijual dengan harga $500 ASD (RM2000) dan akhirnya selepas tawar menawar dia dapat membeli trofi itu dengan AS$400 (RM1,600) termasuk pos.

Pada mulanya Prestige tidak menyangka trofi itu adalah betul bukan replika.

Prestige kemudiannya menghubungi Heidy Motta Pengurus Operasi Extremely OK Games di Twitter.

Heidy mengatakan mereka tidak pernah mendapat trofi anugerah mereka.

Prestige kini memulangkan semula trofi itu kepada Extremely OK Games.

Extremely OK Games akan membayar balik semua bayaran yang dibuat oleh Prestige dan mereka juga akan menghantar satu salinan permainan video Celeste yang ditandatangani kepada Prestige.

RELATED NEWS

+