Pihak masjid Miri, Sarawak terima sebut harga Gaming PC bernilai keseluruhan RM19,000

Komputer peribadi (PC) menjadi salah satu teknologi yang sangat berguna di zaman sekarang. Adanya PC di sesebuah tempat akan dapat memudahkan kerja-kerja yang dilakukan.

Lebih-lebih lagi jika komponen PC yang digunakan itu adalah dari jenama yang berkualiti seperti Asus, Corsair, Nvidia dan sebagainya.

Melalui perkongsian seorang pengguna twitter iaitu Sid Razali, sebuah masjid di Miri, Sarawak iaitu Masjid AT Taqwa terima sebut harga Gaming PC yang berharga keseluruhan RM19 ribu dari kedai komputer PC Image.

Jika dilihat dari spefikasi komponen di dalam sebut harga itu, ianya adalah high end gaming PC yang digunakan oleh para streamer di luar sana. Spefikasi itu sudah tentunya akan dapat bermain permainan video AAA yang menggunakan sumber grafik yang tinggi.

Apakah pendapat anda? Adakah wajar pihak masjid menerima sebut harga Gaming PC seperti di atas? Untuk penggunaan membaca slide, memainkan video ceramah, ia sudah tentu berlebihan dan overpowered.

Namun begitu, penulis belum mendapat kesahihan sebut harga yang dikongsikan di atas. 

Foto: Aorus Global

Sumber: Sid Razali

RELATED NEWS

+